Sejarah Maulid Ad Diba'i
ad-Diba`ie, penggubah
Maulid Diba’ Satu karya mawlid yang masyhur
dalam dunia Islam ialah mawlid yang
dikarang oleh seorang ulama besar
dan ahli hadits iaitu Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad- Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az- Zabidi asy-Syafi`i . Beliau dilahirkan pada 4 haribulan
Muharram tahun 866H dan wafat hari
Jumaat 12 Rajab tahun 944H. Beliau
adalah seorang ulama hadits yang
terkenal dan tiada tolok bandingnya
pada masa hayatnya. Beliau mengajar kitab “Shohih” Imam al-Bukhari lebih
dari 100 kali khatam. Beliau mencapai
darjat Hafiz dalam ilmu hadits iaitu
seorang yang menghafal 100,000
hadits dengan sanadnya. Setiap hari
beliau akan mengajar hadits dari masjid ke masjid. Di antara guru-gurunya ialah Imam al-
Hafiz as-Sakhawi, Imam Ibnu Ziyad,
Imam Jamaluddin Muhammad bin
Ismail, mufti Zabid, Imam al-Hafiz Tahir
bin Husain al-Ahdal dan ramai lagi.
Selain daripada itu, beliau juga seorang muarrikh, yakni ahli sejarah,
yang terbilang. Di antara kitab
karangannya ialah:- * “Taisirul Wusul ila Jaami`il Usul min
Haditsir Rasul” yang mengandungi
himpunan hadits yang dinukil
daripada kitab hadits yang 6.
* “Tamyeezu at-Thoyyib min al-
Khabith mimma yaduru ‘ala alsinatin naasi minal hadits” sebuah kitab yang
membezakan hadits sahih dari
selainnya seperti dhaif dan maudhu.
* “Qurratul ‘Uyun fi akhbaril Yaman al-
Maimun”.
* “Bughyatul Mustafid fi akhbar madinat Zabid”.
* “Fadhail Ahl al-Yaman”. Renungilah bahawa kitab mawlid ini
bukan karya Tok Dalang wayang kulit
atau susunan Pelipur lara zaman
dahulu kala atau Tukang Karut dikir
barat. Ianya karya seorang ulama
terbilang dan menjadi sandaran ilmu dan imannya. Kitab mawlid ini
dikarang dengan senikata yang indah
dan menawan setiap telinga yang
mendengarnya. Kitab yang hampir
berusia 500 tahun ini diakui
keindahan dan keberkatannya. Keberkatannya tersohor dan menjadi
bacaan serta wiridan banyak umat.
Majlis pembacaannya diadakan
sepanjang tahun, setiap masa di
berbagai pelosok dunia Islam. Kiyai
Agung berpesan agar setiap muridnya mengadakan majlis pembacaan
mawlid ini pada setiap malam Isnin,
dan amalan ini diteruskan oleh murid-
muridnya sehingga ke masa ini.
Dengan hadir di majlis mawlid, diharap
tumbuh subur kecintaan kepada Junjungan Nabi s.a.w. Diharap
Junjungan s.a.w. yang
dipertontonkan oleh Allah s.w.t.
segala amalan umatnya sudi
memberikan syafaatnya kepada
pembaca dan pendengar serta hadirin kerana tidaklah mereka berkumpul
melainkan kerana ingatkan baginda
dan dalam rangka membesarkan
baginda. Allahumma sholli wa sallim wa baarik
‘alaihi wa ‘ala aalih
CERITA SINGKAT MAULID SIMTUDDUROR
Dikisahkan
bahwa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu
mengamalkan bacaan maulid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau
meninggalkannya.
Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke Rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.”
Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, karena dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan maulid, hatta dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.
Ini cerita mimpi, percaya atau tidak terpulanglah, kuceritakan kisah ini sebagai pengenalan kepada ketinggian maqam seorang waliyUllah yang bermakam di Singapura. Beliau yang kumaksudkan dan kuharapkan keberkatannya bagi diriku dan ahli keluargaku serta sekalian muslimin adalah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866M.
Makam beliau terletak di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Keistimewaan Habib Nuh al-Habsyi makin tersohor apabila kerajaan Singapura sewaktu pembinaan lebuh raya coba untuk memindahkan makam beliau tetapi gagal. Akhirnya, makam beliau dibiarkan dan sehingga kini terus di bawah penjagaan Majlis Ugama Islam Singapura.
Habib Nuh al-Habsyi wafat pada hari Jum’at, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang ganjil kerana tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil daripada perkuburan orang Islam dan berada di tepi laut yang terdedah kepada pukulan ombak dan hakisan laut. Maka ahli keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan saja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah perkuburan biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang cuba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi sahaja wasiat Habib Nuh berhubung tempat pengkebumiannya. Maka apabila jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Tahun 1962, kerajaan Singapura telah menambak dan menebus guna laut sekitar makam Habib Nuh, dan sekarang makam tersebut berada di tengah daratan dan bukan lagi tepi laut. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka-mereka yang mencari keberkahan seorang sholih lagi wali.
Karamah Habib Nuh al-Habsyi zahir sewaktu hayatnya lagi. Diceritakan bahawa pernah beliau dipenjarakan oleh penjajah orang putih. Anehnya, Habib Nuh boleh berada di luar penjara pada bila-bila masa sahaja yang dia kehendaki, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai. Walaupun ditangkap semula, beliau tetap dapat keluar dari penjara, sehingga penjajah tidak betah lagi untuk memenjarakan beliau kerana penjara tidak lagi mempunyai apa-apa arti buat beliau.
Diceritakan lagi bahwa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia hairan kerana Habib Nuh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.
Diceritakan lagi bahwa seorang yang hendak belayar membawa dagangan yang mahal mengikut sebuah kapal telah menghadap Habib Nuh memohon doa agar pelayarannya selamat. Habib Nuh dengan keras melarang dia membawa dagangannya tersebut. Memandangkan ketegasan Habib Nuh tersebut, maka saudagar tersebut tidaklah jadi membawa dagangannya dengan kapal tersebut. Tidak berapa lama selepas kapal tersebut berlepas, penduduk Singapura dimaklumkan bahawa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam.
Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang sholeh yang taat kepada ajaran Islam. Apa yang kita citakan ialah agar dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. Mahabbah kepada para sholihin adalah dituntut dan ingat seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya. Sesungguhnya istiqamah atas agama itu lebih baik daripada 1000 kekeramatan mencarik adat. Karamah maknawi itu lebih bermakna dari karamah hissi. Mudah-mudahan keberkatan Habib Nuh al-Habsyi mengalir terus kepada kita dan anak keturunan kita, keberkatan yang dengan sebabnya diharap Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNya. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada wali Allah Kota Singa ini…..al-Fatihah.

Berikut ini adalah kumpulan syair-syair pujian kepada beliau dan juga do’a-do’a yang terdapat dalam beberapa Kitab Maulid, seperti
Kitab Maulid Simtudduror, Kitab Maulib Ad-Diba’i
dan Kitab Maulid Ad-Dhiyaul Lami’ yang dilantunkan dengan syahdu
Maulid Ad-Diba’i
Maulid Ad-Diba’i Habib Ali-2.mp3
Maulid Ad-Diba’i Habib Ali-3.mp3
Maulid Ad-Diba’i Habib Ali-4.mp3
Maulid Ad-Diba’i Habib Ali-5.mp3
Maulid Ad-Diba’i Habib Ali-6.mp3
Maulid Ad-Diba’i Habib Ali-7.mp3
Maulid Ad-Diba’i Habib Ali-8.mp3
Maulid Simtudduror
إرسال تعليق